nampak spek peqa berkilau tu ? sila tinggalkan jejak ! :)
Bye Heartbeat, welcome ipanel !

Wednesday, April 27, 2011

Kisah benar : Cinta si jejaka Part 1.

بسم الله الرحمن الرحيم

*pss* tak sabar nak pergi bukfair. nak capai sutera bidadari.

Aloha, sapa yang pergi bukfair ari jumaat ni boleh la contek peqa. peqa nk g jumaat ni. ner tau terjumpa ker?
haha. actually g bukfair ni besz kalau banyak duit jer. no money no talk. haha.

Ini kisah benar. tak tipu. cuma ade lah godek sikit2.

Kisah ini bermula apabila seorang gadis mula aktif bermain game di website tutt. Gadis ini seorang yang periang, peramah, gatal la siket. suka chit chat. Si gadis akhirnya bertemu dan semakin rapat dengan si jejaka tersebut. Dalam masa yang sama, si gadis ni sudah pun berumahtangga berkapel. Namun, semakin lama, semakin dia rasa syok layan si jejaka tersebut. Si jejaka ni seorang pelawak yang di"bangga"i kucing beliau. Beliau ada banyak kucing yang gebu2 dan comel2 macam beliau sendiri. haha.


Tanpa disedari oleh si gadis, si jejaka mula menaruh hati pada si gadis. Si gadis tidak sedar, malah menganggap si jejaka hanya sebagai teman akrab. Mereka kerap webcam, mesej n main game.

Suatu hari, si jejaka bermimpi akan suatu kejadian dimana si gadis dibawa lari oleh seorang makhluk yang tidak dapat dikenal pasti bentuk rupanya. Si jejaka mengeluarkan pedang cuba merampas si gadis tersebut. namun, tiba-tiba si gadis dan makhluk tersebut hilang dari pandangan. Mimpi ini berlarutan begitu lama dan sering menghantui hari tidurnya.


Setiap kali tidur, pastu si jejaka akan mengulangi mimpi yang sama. Si jejaka terlalu bingung lalu berjumpa dengan insan yang bijak pandai.
Kata si bijak pandai. "Mimpi ini ada pasangannya. Seandainya si jejaka bermimpikan sedemikian, pasti gadis di dalam mimpi tersebut juga akan bermimpi sebegitu."
Si jejaka lantas bertanya kepada si gadis. Adakah si gadis bermimpi sedemikian juga ? Malangnya, si gadis mengatakan bahawa dia tidak pernah bermimpikan sedemikian. Si jejaka bingung. Dalam keterbingungan itu, si jejaka merayau-rayau di jalanan, memikirkan mimpi tersebut. Si jejaka terlalu bingung, bingung yang teramat kerana mimpi itu tidak hilang dari tidur malam dan siannya. Sehinggakan biji mata si jejaka lebam-lebam tak cukup tidur.

Sedang mencari jawapan disebalik mimpi tersebut, tiba-tiba seorang lelaki tua yang suci pakaiannya, namun kelihatan lusuh dan tidak berada mencuit bahu si jejaka dan tersenyum ke arahnya. Si tua itu seolah-olah mahir membaca minda si jejaka.

Katanya :
Usah biarkan mimpi itu menyelubungi hidup kamu. Sentiasalah mengingati Allah.

Si jejaka terperanjat dengan si tua itu. Bagaimana beliau boleh tahu sedangkan, dia tidak pernah menceritakan malah membuka mulut kepada lelaki tua tersebut. Si jejaka kebingungan lagi.

Si jejaka melalui hari2 yang sama dan mimpi yang sama. Si lelaki tua tidak lagi muncul dalam hidup si jejaka.


kisah ini bersambung...

*******

tunggu Part 2. tu pun kalau ada yang request.
Kisah ini adalah original dan tidak direka2. namun, kemungkinan kata2 adalah direka2 kerana, pencerita sudah lupa ayatnya... hahaha.

4 comments:

alif ibnu daud said...

apo yg nak dismbungkan tue...? copet yor

nelly said...

menanti ~

Peqaxlol ;DD said...

pengakhiran kisah cinta si gadis n si jejaka..........

ana.zakiah.saroni said...

huwaa.. nk lagi.. xyah la wat gimik.. huhu..

Popular Post