nampak spek peqa berkilau tu ? sila tinggalkan jejak ! :)
Bye Heartbeat, welcome ipanel !

Tuesday, March 8, 2011

Perasan lar tuh.


Kadang-kadang kita tak sedar, kita perasan, kita lebih baik daripada orang lain. Bende ni terjadi pada aku sendiri. Seringkali aku merasa bangga diri. Contohnya paling senang, bila dapat markah tinggi dalam kelas. Dalam hati mulalah berbunga "taa sangka aku ni terel jugak yer"http://www.cute-smiley.com itulah yangaku sering cakap. Yang paling besz "Takyah blaja pon aku terel jugak, isk isk" , "Kenapalah diorang yang rajin belajar, tp dapat markah rendah jer." 

Dialog hatiku berirama sakan, macam tu lah ! Memang perasan kan aku ni :P

Sebenarnya, disebalik kejayaanku yang tidak seberapa, ibu bapaku tidak putus-putus berdoa untuk setiap kejayaanku. Ditambah juga doa kakak & adikku, serta nenekku. Doa termakbul juga disebabkan usaha guru-guruku yg berpenat lelah memberi setitis ilmu Allah. Sungguh aku tidak punya apa-apa untuk kubanggakan. Usaha aku hanyalah umpama sebutir pasir di pantai. Selebihnya adalah usaha insan yang menyayangiku & kasih sayang Tuhanku.

Malah lebih kejam lagi. " Nasib baik aku lulus, dia tak. " Sedangkan mereka yang tidak lulus itu adalah saudara kita. Saudara bernaungkan satu kubah yang sama, melafazkan syahadah yang sama. Mengapa kita tergamak berbangga dengan kejayaan tak seberapa, dan tersenyum gembira saat rakan kita berduka. 

AKU TAK MAHU MENGULANGINYA LAGI.http://www.cute-smiley.com

3 comments:

mama hani said...

syahdunya....

ArryCode said...

tahniah kerana anda menyedarinya, menunjuk kan anda sebenarnya perihatin pada yang ader disekliling.... sedih gak...tapi kita kan manusia yang tidak lari kesilapan.. tul tk.. namun jgn kita terus jadi ia landasan untuk terus membuat kesilapan tanpa mengubah atau membetul kan kesilapan...

Peqaxlol ;DD said...

terima ksh En. Arry tentang komen yg begitu pnjg. InsyaAllh sy xkn ulanginya.

Popular Post