nampak spek peqa berkilau tu ? sila tinggalkan jejak ! :)
Bye Heartbeat, welcome ipanel !

Thursday, March 31, 2011

kini kau jauh McD.

http://www.cute-smiley.com

Haha, now i'm free! free from work, and free from stress :) kenapa saya berhenti >? kerana saya begitu keciwa dengan lotshow, loadshow or lotsho. watever. tatau la ejaan nye. Haha, mak aku cakap, baru keje sebulan, dah give up. adeyh. maaf la mak, rasa malas pulak. nenek aku pulak cakap, hangat2 taik ayam jek. http://www.cute-smiley.com


http://www.cute-smiley.comAku bukan apa, sepanjang keje ni, takde masa pun nak update blog ni. sempat main game jer. Pastuh pukul 2 ptg dah terpacak kat bustop tunggu van. Pukul 1.15 pagi baru sampai umah, tido : kul2---->kul10 baru aku bangun. hahaha, elok la tu. kje 8jam, tdo 8jam. memang la macam baby pulak.

http://www.cute-smiley.comBest memang best keje kat situ. kawan pun ramai. yerla kan. tapi hati rasa enggan pulak. Seriously best tapi penat laa, sepanjang keje berdiri jer, mane tak nye.

*****

Semalam, seorang  mat saleh . Bukan mat saleh, tapi indon kot. macam biasa, aku panggil la, Hi SIR!! http://www.cute-smiley.comsambil senyum memikat lagi  lelaki indon berupa mat saleh tu pun datang kat aku dengan senyuman manja,. haha tanpa kuduga, dia memberi salam. assalamualaikum. terkedu aku.http://www.cute-smiley.com waalaikumussalam. balasan aku. 

lepastu aku terkezut kembali apabila dia berbisik kepadaku. makanan kat sini halal ka ? haha, first time aku jumpa customer macam ini. dahla hensem. alim pulak tu. boleh cair aku. haha. 

oklah nak layan B.O.F la plak. salam.http://www.cute-smiley.com


Tuesday, March 15, 2011

Blog saya telah diriview!

aww seronoknya rasa bile blog fasha diriew :) hehe, tak sangka betul dapat.



Haha, amacam best tak ? Terima kasih banyak2 untuk bloguntukdibaca
Almaklumlah apalah ada pada blog fasha ni...
baru jer nak bertapak dalam dunia bloggers.

*****

Fuhh. td fasha cuti, buat akaun maybank.
Kena tunggu 1jam, sapa suruh pergi pukul 1.30. time lunch. haha
Tapi dapat jugak. Bolehla shopping online pas ni.. hehehe.

Semalam jugak fasha dapat pin dari Manager McD Abg Shahrul bagi.
Pin ni tanda pekerja yang bagus or alert. Semakin banyak pin, semakin bagus. 

ada 3 soalan abg shahrul tanye.
1) Berapa lama fries masak?
jawapan : 3minit
2) Berapa lama masa hold fries? (
jawapan : 7minit
3) Berapa lama waiting time ? (tapis minyak)
jawapan : 5-10 saat.

haha.

Sunday, March 13, 2011

Kenali Fasha : saya di tag ~

Hehe, woot woot. Fasha telah di tag oleh Puan Lorna. Ni baru first time la dedahkan peribadi fasha : ehehheh.http://www.cute-smiley.com

1. Adakah anda rasa anda HOT?
Tak penah pun....http://www.cute-smiley.com

2.  Upload gambar wallpaper/pic anda guna sekarang

3. Cerita pasal gambar
Takder ape yg spesel pon. baru amik mggu lepas.
http://www.cute-smiley.com
4. Bila kali terakhir makan ayam?
Semalam tengahari :) gulai lemak.

5. Lagu terakhir yang anda dengar?
Erm, lagu India. hahaha. Semalam diorang pasang lgu India.

6. Apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini?
Main game Myshop n sms :P

7. Selain nama sendiri, anda dipanggil ape?
Aepik, Peqa. (Frenz) Ika. (Family) either one.

8. Tag 8 orang http://www.cute-smiley.com

9. Siapakah no 1 anda?
Kawan classmate kat u.

10. Katakan sesuatu tentang no 5
Hehe tak berapa kenal laa..

11. Orang no 3 berhubungan dengan siapa?
Berhubungan? Tak tahu. tp dia slalu borak kat BCR.

12.  Bagaimana pula no 4?
Kawan classmate gak :)

13. Pesanan buat no 6?
Hi awak ? Boleh berkenalan...

14. Kata-kata cinta buat no 2?
i lab u muah3xhttp://www.cute-smiley.com

15. Adakah no 7 dan no 8 mempunyai persamaan?
Ade kot. Alim. hahaha

16. Berikan 5 perkara yang anda tahu tentang no 1…
http://www.cute-smiley.comEk..? die suke maen cubic. Garang jugak tp feymes. taa suka puan gedik. Orangnye hensem ?? (org lain kata)
Duk kat Jitra, Kedah.

17. Persamaan antara kambing dan lembu?
ada empat kaki. ek, lagi dua ekor ni taa mandi. haha

18. Perasaan ketika jawab tag ni?
malas sikit. tapi jawab jerla.

19. Adakah anda tahu Rizman itu sengal?

20. Gay or les?

Dah siap. Haha, Maap la kalau ade terasa hati ker, ini adalah pendapat peribadi saya sahaja.

Friday, March 11, 2011

Hari pertama di McD.

Haha. Semalam, first day aku kerja. 10.03.2011
Ini adalah hari yang paling bersejarah ! Hari pertama dalam hidup aku keje makan gaji.
Penat? semua kerja penat. Biasalah kan.http://www.cute-smiley.com

Aku masuk semalam just 4jam jer, kemungkinan, hari ni baru 8jam.
Masuk2 je, aku tak tentu arah. taa tau nak g mane ni. naseb baik pekerja2 kat situ ramah tamah. haha
Semalam aku buat kerja, menggoreng n mencedok fries. Nasib lah taa hangus. Nak cedok pon ade cara, aku tak pass lg cara die. adoii. Maybe korang kata senang, tp kalau melecur tgn tu biaselah kan.

ni bukan aku yg buat tau.

http://www.cute-smiley.comKerja kat situ agak kelam kabut. Yela customer ramai. Pekerja pon ramai. aku tengok dekat 100 lebih pekerja die Mane tak nyer, kat lcct. 24jam buka. Mak aih rase mcm tak cukup tangan. Memang la kelam kabut.

Bak kata manager, hari pertama memang alone. Yer, memang aku rasa macam tu pun. Lagi2 aku ni bukan jenis peramah kan. pemalu jadi agak sukar la.. Tapi makanan free. Nampaknya, hari2 la aku mkn burger. wohoo tmbh gemuk laaa :)

Apa pun, aku harap dapat la bertahan at least 2bulan. Manager pun sume baik2 tapi tegas. Besz laa. Kawan yang aku ase selesa kat situ : Kak Noor. orangnya cantik & cute. Nak berkenalan?  Nak ikutkan, dia lagi laa, 2jam perjalanan nak pegi ke tmpt keje. Mak aih jauh gler.

Luper pulak nak amik gambo semalam. Yerla tak sempat. Nanti petang la aku amik k. C U babai.http://www.cute-smiley.com

Thursday, March 10, 2011

Kerja.

Bismillah.
Salam sahabat handai. Hari ini hari pertama aku kerja :) hope dipermudahkan segalanya. :)

Wednesday, March 9, 2011

Blog saya INGIN direview. :) -contest-

http://www.cute-smiley.com


Haha contest lagi ! Ini juga contest sangat senang. Anda hanya perlu buat entri pasal ini. Tarikh tutup esok. Jam 5 petang. Hanya 7 blog terpilih akan direview (dikomen tentang kekemasan, `kecomelan`, `kehenseman`, pemilihan warna, berat blog, entry, widget dll.. Kan kan. Senang. Blog dipilih secara rawak :)

Jom join :)

:) Hope sangat dapat. http://www.cute-smiley.com

JANGAN Pandang Camera xx

** Maaf kawan2, ni link dier... klik me

Aku tetibe jalan-jalan kat folder, terjumpe lak gambar my siblings ni :) dan teringat contest ini.http://www.cute-smiley.com

klik me

teringin lak nak masuk :) tarikh tutup 29 April.

dan inilah dia : presenting :

di tepi pantai yg indah.

kene tagg 3 orang la,, herm,http://www.cute-smiley.com
dan kini aku tag :

Mama Hani : (Baru kenal)
Cik Pja (my iium fwen- bru kenal)
Boy(peep) :  (hehehheh : penat dier jaja cupcake)


pss : maaflah kali ni aku tag kwn2 aku jer. http://www.cute-smiley.com

Tuesday, March 8, 2011

Perasan lar tuh.


Kadang-kadang kita tak sedar, kita perasan, kita lebih baik daripada orang lain. Bende ni terjadi pada aku sendiri. Seringkali aku merasa bangga diri. Contohnya paling senang, bila dapat markah tinggi dalam kelas. Dalam hati mulalah berbunga "taa sangka aku ni terel jugak yer"http://www.cute-smiley.com itulah yangaku sering cakap. Yang paling besz "Takyah blaja pon aku terel jugak, isk isk" , "Kenapalah diorang yang rajin belajar, tp dapat markah rendah jer." 

Dialog hatiku berirama sakan, macam tu lah ! Memang perasan kan aku ni :P

Sebenarnya, disebalik kejayaanku yang tidak seberapa, ibu bapaku tidak putus-putus berdoa untuk setiap kejayaanku. Ditambah juga doa kakak & adikku, serta nenekku. Doa termakbul juga disebabkan usaha guru-guruku yg berpenat lelah memberi setitis ilmu Allah. Sungguh aku tidak punya apa-apa untuk kubanggakan. Usaha aku hanyalah umpama sebutir pasir di pantai. Selebihnya adalah usaha insan yang menyayangiku & kasih sayang Tuhanku.

Malah lebih kejam lagi. " Nasib baik aku lulus, dia tak. " Sedangkan mereka yang tidak lulus itu adalah saudara kita. Saudara bernaungkan satu kubah yang sama, melafazkan syahadah yang sama. Mengapa kita tergamak berbangga dengan kejayaan tak seberapa, dan tersenyum gembira saat rakan kita berduka. 

AKU TAK MAHU MENGULANGINYA LAGI.http://www.cute-smiley.com

Header Percuma MyungDAE !

This is my first tag and was tagged :) I was tagged by Mr. Vampirehttp://www.cute-smiley.com. Thanks byk2. walaupun nama aku salah eja
haha ! here : Malaysia MyungDAE.

klik me.



Ini adalah surat berantai.. cewah ! haha ! Barangsiapa mahu header free, silalah berkunjung ker : laman beliau. 
tarikh tutup : 10 Mac 2011


cepat2 lah hantar yer :)http://www.cute-smiley.com 

SURAT REMAJA buat PM.

Berikut adalah surat khas untuk PM kita, Dato' Seri Najib.
Saya terpanggil untuk menyebarkannya,
kerana saya juga merasai seperti mana remaja ini merasainya.
saya juga teringin mendengar, apakah balasan warkah dari pemimpin kita.
dan ini yang kami rasa.
Biarpun sekiranya surat ini mempunyai seribu kelemahannya & kesilapan.
namun setitik kebenaran pasti ada.


Surat Seorang Remaja Kepada Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib
----------------------------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum Dato’ Seri.
Saya, Muhammad Muizzuddin bin Zaini. InsyaALLAH Julai nanti genaplah umur saya 19 tahun. Masih berbaki lebih kurang 2 tahun sebelum saya layak mengundi. Tetapi saya yakin dalam ruang demokrasi tidak pula mensyaratkan yang saya hendaklah berumur 21 tahun untuk melayakkan surat saya ini dibaca Dato’ Seri.
Dato’ Seri, saya ingin memperkenalkan diri sebagai remaja yang sangat ingin tahu. Keinginan saya ini menjadikan saya remaja yang tidak hanya terpaku di meja belajar semata. Saya mampu menonton berita hingga ke penghujungnya (tidak di bahagian Sukan semata).
Saya juga mampu membaca suratkhabar dari muka depan hingga ke muka akhir. Saya sering ‘singgah’ di laman-laman sesawang untuk melihat berita-berita yang tidak tersiar di media arus perdana. Saya juga remaja yang suka meladeni buku-buku yang tidak menjadi kegilaan kebanyakan remaja seusia saya.
Tidaklah pula saya katakan yang saya lebih tahu daripada Dato’ Seri, tidak. Saya cuma mahu tegaskan saya adalah remaja yang memerhati. Saya adalah remaja yang bukan kerjanya sehari-hari hanyalah makan, tidur, ‘menelan’ buku teks semata. Saya adalah remaja yang mengikuti rapat perkembangan-perkembangan semasa negara tercinta ini.
Izinkan saya Dato’ Seri untuk memberi pandangan saya. Pandangan seorang budak, seorang remaja. Mungkin Dato’ Seri fikir, apalah ada pada seorang remaja seperti saya. Justeru, suka untuk saya ingatkan pada Dato’ Seri yang InsyaALLAH kelak, kamilah yang akan membuang undi!
Dato’ Seri Najib yang saya hormati, memimpin sebuah negara bukanlah perkara yang mudah. Tidak pernah ia menjadi mudah, tidak boleh ia diambil mudah. Ia adalah persoalan besar dan penting. Persoalan yang diletakkan tinggi di dalam Islam. “Kepimpinan adalah amanah, celaan di dunia, dan penyesalan di akhirat”, begitu sabda Nabi SAW. 
DASAR
Saya, yang tohor ilmu dan cetek pengalaman ini percaya bahawa setiap tindakan kita adalah bergantung kepada prinsip yang kita letakkan sebagai neraca asas. Bagi sesetengah orang, mereka meletakkan Demokrasi sebagai neraca asas mereka. Ada yang meletakkan kepentingan peribadi, atau kroni, atau Sosialisme, Liberalisme dan sebagainya. Bagi kita, seorang Muslim, neraca asas yang menjadi dasar pertimbangan kita tentulah ISLAM. Izinkan saya bertanya, apakah Asas Utama kepada setiap tindakan Dato’ Seri?
Apakah Islam? Atau Kepentingan diri, atau kroni, atau selainnya?
Maaf Dato’ Seri, kiranya jawapan Dato’ Seri bahawa asas bagi setiap tindakan Dato’ Seri adalah Islam (saya tak pasti jika Dato’ Seri akan memilih jawapan selainnya), maka saya ada beberapa soalan untuk Dato’ Seri.
Saya amat keliru dengan dasar Program Transformasi Ekonomi yang dibawa Dato’ Seri. Apakah ianya dirangka dengan neraca Islam atau selainnya. Justeru, saya mohon penjelasan Dato’ Seri.
Saban hari saya dan rakan-rakan menerima berita dari segenap pelusuk negara, sama ada dekat dengan kami atau jauh, remaja seusia kami yang MENGHILANG! Iya, ‘hilang’ nyawa kerana penggunaan dadah berlebihan atau kerana perlumbaan haram. ‘Hilang’ maruah dan harga diri kerana amalan penzinaan lewat pergaulan bebas. ‘Hilang’ akal kerana ketagihan ekstasi, pil khayal dan arak. ‘Hilang’ kewarasan hingga tergamak membunuh bayi kecil atau ditinggalkan di jalanan untuk menjadi habuan anjing dan hurungan semut. ‘Hilang’ kemampuan untuk menjadi barisan pelapis kepimpinan negara. ‘Hilang’ arah hinggakan nafsu ‘disembah’ sebagai Tuhan! HILANG Dato’ Seri, HILANG!
Saya begitu terkesan pada pesan Saiyidina Ali KWJ, “Lihatlah pada generasi muda, untuk menilai masa depan ummatnya”. Saya tergamam dan jadi takut Dato’ Seri, melihatkan rakan-rakan sebaya yang hanyut. Apakah sebegini hancur dan punahnya masa depan negara tercinta ini!? 
PELAN TRANSFORMASI EKONOMI
Program Transformasi Ekonomi anjuran kerajaan pimpinan Dato’ Seri turut menggariskan perancangan untuk MENJADIKAN MALAYSIA SEBUAH HAB HIBURAN MALAM UNTUK MEMACU INDUSTRI PELANCONGAN. Di atas alasan untuk memperkasa industri pelancongan dan menarik pelancong juga kerajaan pimpinan Dato’ Seri merancang penubuhan kelab-kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan mempakejkan semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.
Kerajaan Dato’ Seri juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020. Penubuhan enam kelab malam baru yang mampu menampung kehadiran 900 pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012 akan menyusul. Dua lagi akan beroperasi pada 2013 dan 2014.
Maka menjelang 2014 negara kita akan memiliki sekurang-kurangnya 10 kelab malam di zon hiburan. Rancangannya adalah untuk menghasilkan impak pendapatan kasar negara RM0.7 bilion dan mewujudkan lebih kurang 5,000 pekerjaan baru menjelang 2020. Bagi mencapai hasrat itu, kerajaan Dato’ Seri akan merubah beberapa peraturan hiburan, termasuk membenarkan pelanjutan had waktu beroperasi bagi pusat hiburan malam.
Dato’ Seri juga berhasrat melonggarkan lagi syarat-syarat untuk persembahan artis luar negara. Dan kami telahpun menyaksikan bagaimana seorang penyanyi gay membuat persembahan, memuaskan nafsu remaja-remaja muda dengan kebenaran daripada kerajaan Dato’ Seri.
Izinkan saya ulangi soalan saya Dato’ Seri, apakah Islam diletakkan sebagai neraca timbangan ketika Dato’ Seri merangka, membentang dan membahas idea ini? Ataupun Dato’ Seri punya pilihan lain yang Dato’ Seri lebih suka untuk diletakkan sebagai neraca timbangan?
Yang Amat Berhormat Dato’ Seri, apakah Dato’ Seri penuh sedar bahawa perancangan Dato’ Seri ini adalah perancangan ‘PEMUSNAHAN’ besar-besaran? Ini bukanlah pelan pembangunan ekonomi, ini adalah pelan ‘PEMUSNAHAN’ berskala besar yang akan menjadikan rakan-rakan seusia saya, remaja semuda saya atau lebih muda hancur musnah Akhlaknya, punah-ranah Sahsiahnya.
Iya, Dato’ Seri akan ‘menghancur’ dan ‘membunuh’ pemimpin masa depan, para cerdik pandai generasi akan datang dengan lambakan hiburan dan keseronokan melampau! Saya dan rakan-rakan bakal dihidang dengan acara memuas nafsu yang berterusan. Ini akan menatijahkan hanya satu Dato’ Seri, iaitu hilang upayanya kami untuk menduduki barisan kepimpinan negara suatu masa nanti. Atau apakah pada pandangan Dato’ Seri, yang kami akan menjadi lebih bijak dan pandai kiranya ‘menelan’ hiburan-hiburan ini? 
IFF dan AURAT
Dato’ Seri, seolah-olah saya pernah mendengar Saiyidina Umar al-Khattab menegaskan, “Bahawa adalah kita, ummat yang dimuliakan Allah dengan Islam. Sesiapa yang mencari kemulian selain daripada Allah, maka akan dihina Allah”. Terasa-rasa seperti terdengar SA Umar bertitah demikian kerana ia begitu meresap masuk di hati ini.
Dato’ Seri, saya begitu kecewa dan terkesima jadinya waktu melihat Dato’ Seri dan isteri melangkah megah di Festival Fesyen Islam, Monte Carlo tempoh hari. Saya tak dapat mengawal hati untuk berteriak-teriak marah tatkala melihat gambar pakaian-pakaian yang diperaga atas nama “Kelembutan Islam” (Modesty of Islam) yang dinaungi oleh isteri Dato’ Seri dan pastinya dengan izin Dato’ Seri. Saya dan sahabat-sahabat terpinga-pinga dan tertanya-tanya apakah ini pemahaman Dato’ Seri dan isteri mengenai pemakaian di dalam Islam?
Saya dan rakan-rakan jadi jelak dan muak Dato’ Seri, maaflah. Waktu Dato’ Seri ‘bertempik’ berikrar untuk mempertahankan Islam dan Melayu, isteri Dato’ Seri tidak pernah berusaha untuk menyahut seruan suaminya sendiri. Isteri Dato’ Seri tidak pernah kelihatan menutup aurat dengan sempurna. Isteri Dato’ Seri berpeluk mesra dengan orang yang haram bersentuhan (bukan mahram) tanpa segan silu di khalayak ramai. Saya tertanya-tanya, apakah Dato’ Seri meredhai perbuatan isteri Dato’ Seri ini? 
JUDI
Bukan sedikit kontroversi yang berlaku waktu Dato’ Seri mengumumkan pemberian lesen kepada syarikat-syarikat tertentu untuk mengurus perjudian sukan di Malaysia pertengahan 2010 lalu. Sukar untuk saya agak apakah harapan Dato’ Seri dengan pemberian lesen-lesen judi ini?
Apakah ini juga satu pelan meningkatkan ekonomi Malaysia? Apakah Dato’ Seri gembira dengan duit yang mencurah masuk, dalam masa yang sama kita melihat betapa hebatnya gejala buruk yang bakal timbul lewat perjudian?
Apakah Dato’ Seri meletakkan neraca BERKAT dan LA’NAT waktu mengemukakan cadangan ini? Apakah Dato’ Seri akan meredhai kiranya rakyat Malaysia memberi sesuap nasi kepada keluarga mereka dengan wang hasil judi yang mereka perolehi? Apakah budaya yang cuba dibentuk Dato’ Seri sebenarnya?
Apakah keputusan-keputusan ini ditimbang dengan neraca agama? Atau Dato’ Seri menggunakan neraca lain sebagai ganti? 
KEMISKINAN dan HARGA NAIK
Dato’ Seri orang bangsawan. Keturunan bangsawan. Barangkali jika tidak jadi Perdana Menteri Malaysia pun Dato’ Seri tetap akan hidup senang-lenang mewarisi kekayaan. Menteri-menteri Dato’ Seri juga kaya raya.
Maka tidak kiralah jika hari ini minyak naik 10 sen, 20 sen, 50 sen atau RM 10 sekalipun, Dato’ Seri dan sekalian menteri tidak akan bersusah. Tidak perlu berjerih payah.
Tahukah Dato’ Seri, di celah-celah, ceruk-ceruk kampung atau kota, ada rakyat yang menderita lewat kebejatan ekonomi yang punah hasil ketirisan dan kelemahan pengurusan. Pengurusan yang tidak meletakkan Islam sebagai neraca dan Allah sebagai penilainya adalah pengurusan yang menghancur!
Dato’ Seri, saban hari saya melihat orang-orang miskin dan kesusahan. Tahukah Dato’ Seri, untuk menyekolahkan anak pun sudah membuatkan mereka terpaksa membanting tulang, berusaha keras, apatah lagi untuk menghantar mereka ke menara gading (yang PTPTN lebih menghimpit daripada membantu).
Kadang-kadang, apabila anak-anak yang bersekolah meminta wang lebih untuk buku rujukan tambahan, si ibu atau bapa terpaksa menghulur dalam titis air mata. Sudahlah hutang yuran persekolahan pun masih belum dilunas. Bukan sedikit keringat yang dicurah demi sesuap rezeki halal untuk anak-anak dan keluarga.
Kerajaan Dato’ Seri jangan terlalu bergantung kepada statistik dan kajian untuk menilai kemampuan rakyat. Selamilah sendiri penderitaan rakyat yang terseksa dan merana kerana sistem ekonomi yang menyiksa. Setiap kali harga minyak atau keperluan utama naik, meski sekadar 10 sen atau 20 sen, mengalirlah air mata rakyat yang menanggungnya.
Rakyat benar-benar tersiksa sekarang. Janji tinggal janji, janji tidak pernah dipenuhi. Janji itu dan ini sekadar untuk meraih undi. Waktu menang nanti kami rakyat sudah dilupai. Tinggal kami bermatian berusaha keras sendiri. 
SUARA RAKYAT
Waktu rakyat turun ke jalanan berdemonstrasi untuk meluahkan rasa yang terbuku di hati dan berkongsi pedihnya kehidupan dengan Menteri-menteri yang berkuasa, Dato’ Seri menghantar pada kami ‘perusuh-perusuh’ yang membantai tulang lemah dan daging kurus kami. Kami dibelasah dan diinjak-injak umpama binatang korban, umpama tak punya maruah. Kami diherdik dan dicaci. Kami disimbah dengan air kimia yang saya yakin, Dato’ Seri sendiri tidak pernah rasai pedih dan peritnya.
Dan menteri-menteri Dato’ Seri tanpa rasa bersalah menggelarkan kami sebagai perusuh yang cuba menggugat keselamatan negara, beruk-beruk di jalanan yang cuba menarik perhatian.. kalaulah mereka yang menuduh melulu itu bisa memahami pedihnya hati ini.
Semuanya adalah kerana kami rakyat yang mahu berkongsi rasa dengan pimpinan negara. Sudahlah pilihanraya dijalankan dalam keadaan penuh keraguan dan ketidakadilan, ruang media yang disekat, tangan dan kaki kami rakyat diikat, maka ruang kecil untuk bersuara di jalanan inilah, ruang untuk kami menyampaikan rasa pada pemerintah dan pemimpin kami. Sekadar ruang kecil untuk kami bercerita dan berkongsi betapa peritnya kehidupan yang kami rakyat lalui.
Pernahkah Dato’ Seri pedulikan suara kami? Pernahkan selain daripada tarikh pilihanraya Dato’ Seri menjadi begitu cakna pada kami? Pernahkah waktu pandangan rakyat yang tidak menguntungkan Dato’ Seri diambil peduli? Pernahkah Dato’ Seri?
Dato’ Seri bertindak sungguh responsif setiap kali adanya himpunan-himpunan rakyat. Melalui Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, Dato’ Seri memastikan kami rakyat yang berhimpun tidak akan berjaya berhimpun dengan aman dan baik. Media di bawah kawalan Dato’ Seri juga menggunakan segala maklumat yang ada untuk memburuk-burukkan kami. Ulama’-ulama’ yang bernaung di bawah Dato’ Seri juga menggali hujah-hujah agama demi membuktikan tindakan kami bersuara adalah bercanggah pada sisi agama.
Dato’ Seri, saya sungguh kecewa dengan setiap tindakan ini. Bukankah perhimpunan anjuran Dato’ Seri pada setiap malam menunggu detik Kemerdekaan dan Awal Tahun Baru, ribuan malahan mungkin ratusan ribu rakyat termasuk golongan muda-mudi datang menyertai. Akhbar arus perdana jugalah yang melaporkan tangkapan demi tangkapan kerana berkhalwat, kerana dadah, kerana berkelakuan tidak sopan pada setiap kali sambutan-sambutan anjuran Dato’ Seri. Apakah pernah himpunan rakyat membantah ketidakadilan dan mahukan sedikit keadilan, pernah menjadi penyebab anak-anak muda ditangkap khalwat?
Dan pernahkah Ulama’-ulama’ muda yang bernaung di bawah Dato’ Seri itu menegur Dato’ Seri kerana program jamuan nafsu tersebut. Tetapi menegur himpunan rakyat yang bersuara sebagai Bughah (derhaka) dan menuju Maksiat!? 
REFORMASI
Saya dan juga rakan-rakan adalah remaja muda yang punya sikap, punya pendirian. Kami berazam untuk mengubah keadaan ini Dato’ Seri. Kami berazam dan bertekad bahawa seluruh diri kami akan diperguna untuk memperbaiki keadaan punah ini.
Kaedah merubah itu 2 Dato’ Seri. Pertama, nasihat agar berubah. Kedua, kira gagal, UBAH sendiri. Nasihat sudah saya berikan. Pandangan sudah saya sampaikan. Rakyat lain juga begitu, isyarat sudah mereka sampaikan.
Jika sampai masanya untuk kami membuat pilihan, dan keadaan tidak lagi pulih, percayalah Dato’ Seri, kami sudah membuat pilihan sekarang untuk siapa yang layak menerima undi kami nanti.
Tidak cukup dengan itu, saya dan rakan-rakan, kami adalah remaja muda yang penuh tenaga dan kekuatan. Kami akan gerakkan massa suatu hari nanti agar pentadbiran, pengurusan, pemerintahan, kewangan dan sistem kehidupan yang meletakkan Islam, Keadilan, Kesejahteraan, Keamanan sebagai asas, akan beroleh tempat tertinggi di negara ini.
Dato’ Seri, saya tidak mengancam. Tidak pula mengugut. Saya mengingatkan. Kerana inilah tanggungjawab saya sebagai Mu’min. Bukankah sesama Mu’min itu bersaudara?
Dato’ Seri, mungkin surat ini akan sampai kepada pengetahuan Dato’ Seri, mungkin juga tidak. Kiranya ia sampai ke pengetahuan Dato’ Seri, saya dahulukan dengan permohonan maaf kerana mungkin ada kesilapan saya. Maklumlah, saya remaja muda, mungkin ada silap dan salah pada lenggok bahasanya. Saya juga berterima kasih, iyalah, orang sesibuk Dato’ Seri meluangkan masa untuk mengambil perhatian pada surat saya ini, itu adalah satu penghormatan buat remaja seperti saya.
Namun Dato’ Seri, kiranya ada pada surat ini ataupun tindakan-tindakan remaja muda seperti kami ini yang mungkin lantang menyatakan pendirian hingga mungkin Dato’ Seri terguris hati, kami tidak memohon maaf untuk itu. Kerana Dato’ Seri, INI MEMANG ADALAH PENCAK KAMI!
Sekian, terima kasih.
p/s - p/s : Salam alaik. Sila sebar-sebarkan untuk tatapan setiap remaja dan rakyat Malaysia yang inginkan perubahan. Demi ISLAM kita berjuang..!!

http://www.cute-smiley.com

GAGAK bukan bodoh !

Apalah salahku :(

Gagak : seringkali kita memandang hina dan keji pada haiwan ini. Apakah salah mereka ? Mereka juga makhluk Allah. Malah ada juga yang sanggup membunuh haiwan ini kerana mengganggu penempatan mereka (di Amerika : membunuh haiwan ini sah disisi undang-undang).http://www.cute-smiley.com

Pada zaman dahulu kala, gagak dianggap simbol kekuatan maharaja. Malah di Eropah, gagak sangat dihormati. Ia terkenal sebagai simbol sebuah kerajaan yang berkuasa.http://www.cute-smiley.com Bagi masyarakat Asia pula, gagak digunakan sebagai agen pembersih secara biologi : membersihkan mayat-mayat yang mati di medan perang. Hal ini kerana, kedua-dua pihak yang berperang tidak mahu bertanggungjawab. Sekiranya sisa kematian ini tidak dibersihkan, maka wabak penyakit akan merebak keserata tempat.

Mengikut kepercayaan masyarakat Dinasti Manchu, gagak telah diiktiraf sebagai haiwan istana dan tidak ada sesiapa yg dibenarkan membunuh, memburu & mencederakan haiwan ini. Malah, seseorang raja yg ingin menaiki takhta perlulah diterima burung gagak kerana ia adalah simbol kedaulatan negara.

Menurut pensyarah di Jabatan Pengajian Klinikal Veterinar, UPM, Dr Jalila Abu, gagak boleh menjadi agen kawalan secara biologi dalam membantu manusia mengawal sisa-sisa pepejal terurai. Gagak merupakan haiwan yang cukup lasak dan mempunyai daya survival yg tinggi.


http://www.cute-smiley.comBayangkan : gagak boleh makan apa sahaja termasuk plastik. Sistem pencernaannya cukup kuat dan unik sekali. Tambahnya, gagak mampu menyesuaikan diri mengikut keadaan sosio sesebuah tempat. Ini bererti gagak sebenarnya haiwan yang paling memahami komuniti manusia berbanding haiwan lain.

Gagak mempunyai semangat assabiyah yang tinggi. Gagak hidup secara berkumpulan dan amat menitik beratkan amalan hidup secara komuniti. Seandainya salah seorang seekor anak gagak berhadapan dengan kucing/ pemangsa yang lain, gagak-gagak lain akan bersahut-sahutan bagi menakutkan pemangsa tersebut.

Malah gagak juga berfikiran jauh hahaha. Habitat hutan tidak selamat kata mereka.http://www.cute-smiley.com


Ketua Gagak : Kufikir, keadaan di hutan tidak selamat untuk kita. Eloklah kita membuat penghijarahan ke kawasan berhampiran tempat tinggal manusia. 
Anak Buah Gagak : Bukankah manusia lebih dahsyat lagi berbanding haiwan lain? Disana sini peperangan. 
Ketua Gagak : Hidup kita ini hanyalah sementara. Manusia juga memerlukan kita untuk mengawal sistem biologi disana. Malah kita juga tidak perlu bersusah payah memburu mangsa. Makanan mudah kita dapati disana.
Anak Buah Gagak : Tetapi hamba masih was was. Adakah kita akan diterima dengan baik ?
Ketua Gagak : Bersangka baiklah sesama kita. Manusia merupakan rakan kongsi kita yang baik, malah tidak mendatangkan sebarang mudarat kepada kita.


Inilah dinamakan : MUTUALISM. (Hubungan diantara dua oraganism yg memberi kebaikan kepada kedua-dua pihak. win-win )

Tambahan pula, lazimnya, gagak senior akan mengajar anak-anak gagak teknik mencari makanan & teknik pertahankan diri secara berkumpulan.

http://www.cute-smiley.comWalaupun najis gagak mempunyai ammonia, namun itu bukanlah faktor pengkaratan yang besar berbanding air hujan. Cuma andaian kita sahaja yang berburuk sangka kepada haiwan ini - mengancam habitat manusia. Malah, Allah berfirman, setiap sesuatu yang aku jadikan bukanlah sia-sia.

Surah Al-Imran : ayat 190-191

Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian siang dan malam terdapat tanda-tanda kebesaran Allah bagi orang yang berakal. (190) yakni orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan baring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata) "Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia; Maha suci Allah, lindungilah kami dari azab neraka" (191)


http://www.cute-smiley.com
"We are innocent"

pss : Info drpd : Majalah Infiniti

Monday, March 7, 2011

KONPIUS LAA tolong yer!

Bismillah.

Aku telah mendapat status GLITTERATI http://www.cute-smiley.com  kat Nuffnang, sebab sebelum ni aku takde letak ape2 iklan pon. Oleh itu, aku ingin bertanya kepada antum yang lebih berpengalaman. Adakah aku patot meneruskan Status Glitteratii tu atau meletak iklan lain macam heartbeat ?

Masalahnya : Sampai sekarang akaun aku  RM0.00 . Jadi aku pon konpius. nak pilih yg mana ? Hope ada boleh tulun :P

http://www.cute-smiley.com

Teka Makanan Giveaway

hehe contest pertama aku masuk :)
senang jer, teka makanan bah~

http://www.cute-smiley.commakanan yg cik Azni mengidam adalah :


1) Kek Coklat  pasal aku suke sgt


2) Satay  pon aku suke

MasyaAllah ana banyak sukalah !http://www.cute-smiley.com
hehe ni mcm aku yg mengidam bukan cik Azni ni (:
takpe mane tau ktorg ade chemistry ker..

Letak PIC sebagai/ganti tulisan shoutbox.

Bismillah.

Pertama sekali, tutorial ini juga atas permintaan cik Anis . Almaklumlah, sekarang aku tengah cuti, jadi banyak masa mengedit, menulis & menaip. Ingat nak buat pasal DEAD CROW. tapi pagi2 nanti la (:


contoh imej :

Untuk yang ini : sila sediakan bahan yang cukup. ekekek. url gambar sahaja diperlukan.


 note : kalo yg xde lg shoutbox tetingkap tu boleh amik kat sini 


ok da ready ? 




senang jer (: sila gantikan image url yg lame dgn yg baru.
make sure copy&paste yg di highlightkn jer. url(' sila kekalkan.
Untuk URL BABY tu, fasha yg buat sendiri. lau nak pon bole, 
    here :- http://i46.photobucket.com/albums/f148/ae-pik/babyys190png.png


untuk height & weight boleh ubah, cube-cube lahttp://www.cute-smiley.com

Popular Post