nampak spek peqa berkilau tu ? sila tinggalkan jejak ! :)
Bye Heartbeat, welcome ipanel !

Thursday, February 3, 2011

BTN : Rahsia Disebalik Kota A Famosa

Salam sejahtera ke atas kamu yang sudi membaca post fasha ni...
Sawadikap..

Erm minggu lepas, jumaat sabtu dan ahad fasha ke Kem BTN Ulu Sepri.. Baru harini ade masa nak citer. Al-maklumlah balik jer esoknya ade kelas.. Sampai jer dalam kul 10 malam, fasha disambut oleh seorang budak kecil yang begitu peramah ! namanya izzah rasenye 

Dia seolah-olah excited nampak kami dan terus menghulurkan salam. Budak yang bagus :) Kemudian kami ke dewan makan untuk makan malam yang dah sejuk   janji ada kan.. alhamdulillah. lepas makan kami terus ke dewan untuk taklimat. Dekat kul12.30 pagi baru kami ke bilik masing-masing.

Esoknya, kami dijamahi dengan ceramah sejarah & politik... Mule-mule memang boleh tahan lagi pasai sejarah jer.. tapi bile video ditayangkan, politik mula menular ke fikiran kami. biasalah kan BTN / KBN under kerajaan. Pastu habis jer, ada sesi open question. 


 open question 
Apalagi, para-para pembangkang mula mengeluarkan hujah-hujah mereka dan bertanya tentang bukti tuduhan, 1 Malaysia, hukum hudud... dan macam2 lagi lah ! rasa macam kat dewan parlimen lak, Penceramah tersebut : En. Asrizal ( Pengerusi Kem tersebut la : yg bagi ceramah : muda dan hensem ) berkerut memikirkan jawapan apakah yang patut diungkapkan.

Sedang asyik menjawab soalan, tetibe sorang daripada peserta kursus tersebut sawan. Terkejut beruk sume org... mana tak nye.. lelaki plak tu.. kalau puan biaselah kan.. he he..

Ekoran masa mencemburui kami, En Asrizal tidak berjaya merungkai setiap persoalan para peserta dan hanya membuat kesimpulan bagi semua soalan. Oh memang ramai tak puas hati. Tp nak wat camner kan.. Petang tu pulak kami ada LDK (Latihan Dalam Kumpulan). Fasi group fasha. Kak Yat.. Seorang yang begitu fasih berbicara. Penat la nak citer semua.. Last- last kami dapat la apa yang nak disampaikan... tp memg best !

*******

Kubu jajahan Portugis
ilmu yang ingin fasha kongsikan :

Penjajahan yang paling kejam adalah penjajahan Portugis : kerana binaan Kota A Farmosa  adalah binaan daripada batu bata daripada robohnya Istana Sultan Melayu Melaka, rumah-rumah orang melayu & Islam, serta masjid-masjid orang islam & kubur pahlawan. Daripada hasil Portugis robohkan semua di atas la dibinanya kota A Farmosa. Kota A Famosa (bermaksud "Yang Termashur" dalam bahasa Portugis) telah dibina oleh Portugis sebaik sahaja berjaya menawan Melaka pada tahun 1511.


"Kota A Famosa mengambil masa selama 5 bulan untuk di bina. Akibat suhu panas terik dan kekurangan makanan, ramai buruh paksa yang mati ketika membina kota tersebut. Bahan bagi membina kota tersebut diambil dari runtuhan masjid dan bangunan lain." -info PMR

Dan buat pengetahuan kalian, A Farmosa adalah kota bukan binaan selapis tu jer..
Kebanyakan kita faham sebelum wujudnya A Famosa, Melaka tidak ada kubu seperti itu. Kalau ada pun mungkin diperbuat dengan susunan-susunan kayu dan batang pokok sahaja. ‘Kota batu’ tidak ada. Benarkah begitu? 
Kami berpendapat Melaka sudah ada kotanya. Kota Melaka itu kemudiannya diperbaiki lagi oleh Portugis. Kedudukan A Famosa sebenarnya memang kedudukan istana Melaka dan persekitarannya. Batu-batu Kota Melaka itu sendirilah yang digunakan Portugis untuk mewujudkan A Famosa, yang jauh lebih kukuh. Tambahan pula, dari mana Portugis hendak mendapatkan sebegitu banyak batu-batan melainkan sudah ada ‘dasarnya’. Batu-batu untuk penambahbaikan kemudiannya dirampas daripada bangunan-bangunan ( mungkin juga masjid ) dan makam-makam di-Raja yang mereka musnahkan. 
Tentera Portugis memang satu bangsa yang zalim dan kejam. Makam-makam dan kubur para pahlawan semua dibongkar. Makam Hang Tuah berjaya diselamatkan apabila orang tempatan menyebutnya Makam Tua untuk mengelirukan Portugis dan para perisiknya daripada bangsa Melayu sendiri. Tapi dalam sejarah Islam juga pernah berlaku hal sama. Pemerintah awal Bani Abbasiah membongkar semula makam-makam utama Bani Umaiyah selepas mereka mendapat kuasa.) 
Mustahillah Melaka sebagai sebuah kerajaan yang begitu besar di Asia Tenggara tidak mampu mendirikan kota. Padahal Candi Borobudur binaan batu. Angkor Wat binaan batu. Bukankah sering disebut ‘Kota Melaka’? Apakah ini hanya menggambarkan sebuah bandar, ataupun memang ada sebuah kota batu di sana? 

add info : 
( A Famosa sangat kukuh. Bedilan meriam tidak mampu memecahkannya. Dalam Hikayat Abdullah kalau tidak salah saya, Munsyi Abdullah menulis bagaimana susahnya kota ini hendak dimusnahkan oleh pihak Inggeris selepas mereka memperolehinya melalui Perjanjian Inggeris- Belanda 1824. Pelbagai cara digunakan namun kekebalan A Famosa sukar digugat. Hinggalah akhirnya pihak Inggeris menanam bahan letupan yang kuat di bahagian bawah setiap dinding dan meletupkannya, barulah batu-batu itu tercabut, melambung dan pecah. Yang tinggal hanyalah pintu gerbangnya saja sebagaimana hari ini. Mengapa Inggeris sengaja memecahkannya?........)



Wallahualam.. (Allah Maha mengetahui)


No comments:

Popular Post