nampak spek peqa berkilau tu ? sila tinggalkan jejak ! :)
Bye Heartbeat, welcome ipanel !

Saturday, February 26, 2011

Merong Mahawangsa: 8juta melayang.

wah wah !
Bukan main lagi filem KRU ni. Saje je nak ngorat aku. Tau la aku ni minat hikayat2 ni. 
lagi-lagi epik (nama glamor aku aepik)
eh eh minat ker? ahaakk

Stephen Rahman : Merong Mahawangsa

Best taa best ? Tengok dulu...
Tapi aku memang suka lah filem2 lawan camni.. (:
hehe


Filem kedua mahal : 8 juta.
Selepas puteri gunung ledang.


taa sabar. 12 Mac jugak aku pegi Mid.


The Malay Chronicles : Bloodlines



Hikayat kita jangan pandang remeh. Mungkin bukan betul tapi membawa pengajaran. Baik tengok filem industri Malaysia. Kalau bukan kita siapa lagi nak tengok kan? Ini cerita kita. Bukan cerita Afrika ke Amerika ke. Kita perlu support k. Setakat tiket wayang 8ringgit (8.00). 
tak sama dengan 8juta (8 000 000.00) 
(: kita juga boleh tawan filem holywood kan?






 Sinopsis die : pegi cari kat perpustakaan, cari buku 'Hikayat Merong Mahwangsa'. hehe
Aku pernah baca kecik2 dulu tapi dah lupa.
Pasal perkahwinan persahabatan (lebeh kurang laa) pastu ade la yg menentang. tau tau sendiri bah.
 :P

Saturday, February 5, 2011

BLOG TIDAK BERFUNGSI SEMENTARA

Salam sayang ! 
Fasha tidak akan 'memungsikan' blog fasha buat sementara waktu atas sebab-sebab berikut :

1. Fasha nak exam dah !
        2. Fasha tak bawak pc pergi hostel.
3. Fasha nak dapat 4.00 pointer. :P
      4. Semua yang berikut.. he he


sedekah untuk korang.. share2 la yer..
p/S : jumpe lg pada 23 Feb :)

Friday, February 4, 2011

CJ7 : A girl or a boy ?

Boy or girl ?

Tadi aku terjumpe gambo pelakon cute molek Di tu....

PERSOALAN : Adakah dia seorang perempuan?










Bagaimana dengan ni pulak?
nampak macam lelaki kan...
ala ala cute


tapi hakikatnya inilah dia...



********

Xu Jiao

Despite being a girl she played a boy in the film.

Budak kecik ni baru berumur 14 tahun sekarang.
5 Aug 1997


CJ7


Besz gak ciiter ni walaupon dah lame.. :)
But mcm citer ultraman lakk.. haha 

Thursday, February 3, 2011

BTN : Rahsia Disebalik Kota A Famosa

Salam sejahtera ke atas kamu yang sudi membaca post fasha ni...
Sawadikap..

Erm minggu lepas, jumaat sabtu dan ahad fasha ke Kem BTN Ulu Sepri.. Baru harini ade masa nak citer. Al-maklumlah balik jer esoknya ade kelas.. Sampai jer dalam kul 10 malam, fasha disambut oleh seorang budak kecil yang begitu peramah ! namanya izzah rasenye 

Dia seolah-olah excited nampak kami dan terus menghulurkan salam. Budak yang bagus :) Kemudian kami ke dewan makan untuk makan malam yang dah sejuk   janji ada kan.. alhamdulillah. lepas makan kami terus ke dewan untuk taklimat. Dekat kul12.30 pagi baru kami ke bilik masing-masing.

Esoknya, kami dijamahi dengan ceramah sejarah & politik... Mule-mule memang boleh tahan lagi pasai sejarah jer.. tapi bile video ditayangkan, politik mula menular ke fikiran kami. biasalah kan BTN / KBN under kerajaan. Pastu habis jer, ada sesi open question. 


 open question 
Apalagi, para-para pembangkang mula mengeluarkan hujah-hujah mereka dan bertanya tentang bukti tuduhan, 1 Malaysia, hukum hudud... dan macam2 lagi lah ! rasa macam kat dewan parlimen lak, Penceramah tersebut : En. Asrizal ( Pengerusi Kem tersebut la : yg bagi ceramah : muda dan hensem ) berkerut memikirkan jawapan apakah yang patut diungkapkan.

Sedang asyik menjawab soalan, tetibe sorang daripada peserta kursus tersebut sawan. Terkejut beruk sume org... mana tak nye.. lelaki plak tu.. kalau puan biaselah kan.. he he..

Ekoran masa mencemburui kami, En Asrizal tidak berjaya merungkai setiap persoalan para peserta dan hanya membuat kesimpulan bagi semua soalan. Oh memang ramai tak puas hati. Tp nak wat camner kan.. Petang tu pulak kami ada LDK (Latihan Dalam Kumpulan). Fasi group fasha. Kak Yat.. Seorang yang begitu fasih berbicara. Penat la nak citer semua.. Last- last kami dapat la apa yang nak disampaikan... tp memg best !

*******

Kubu jajahan Portugis
ilmu yang ingin fasha kongsikan :

Penjajahan yang paling kejam adalah penjajahan Portugis : kerana binaan Kota A Farmosa  adalah binaan daripada batu bata daripada robohnya Istana Sultan Melayu Melaka, rumah-rumah orang melayu & Islam, serta masjid-masjid orang islam & kubur pahlawan. Daripada hasil Portugis robohkan semua di atas la dibinanya kota A Farmosa. Kota A Famosa (bermaksud "Yang Termashur" dalam bahasa Portugis) telah dibina oleh Portugis sebaik sahaja berjaya menawan Melaka pada tahun 1511.


"Kota A Famosa mengambil masa selama 5 bulan untuk di bina. Akibat suhu panas terik dan kekurangan makanan, ramai buruh paksa yang mati ketika membina kota tersebut. Bahan bagi membina kota tersebut diambil dari runtuhan masjid dan bangunan lain." -info PMR

Dan buat pengetahuan kalian, A Farmosa adalah kota bukan binaan selapis tu jer..
Kebanyakan kita faham sebelum wujudnya A Famosa, Melaka tidak ada kubu seperti itu. Kalau ada pun mungkin diperbuat dengan susunan-susunan kayu dan batang pokok sahaja. ‘Kota batu’ tidak ada. Benarkah begitu? 
Kami berpendapat Melaka sudah ada kotanya. Kota Melaka itu kemudiannya diperbaiki lagi oleh Portugis. Kedudukan A Famosa sebenarnya memang kedudukan istana Melaka dan persekitarannya. Batu-batu Kota Melaka itu sendirilah yang digunakan Portugis untuk mewujudkan A Famosa, yang jauh lebih kukuh. Tambahan pula, dari mana Portugis hendak mendapatkan sebegitu banyak batu-batan melainkan sudah ada ‘dasarnya’. Batu-batu untuk penambahbaikan kemudiannya dirampas daripada bangunan-bangunan ( mungkin juga masjid ) dan makam-makam di-Raja yang mereka musnahkan. 
Tentera Portugis memang satu bangsa yang zalim dan kejam. Makam-makam dan kubur para pahlawan semua dibongkar. Makam Hang Tuah berjaya diselamatkan apabila orang tempatan menyebutnya Makam Tua untuk mengelirukan Portugis dan para perisiknya daripada bangsa Melayu sendiri. Tapi dalam sejarah Islam juga pernah berlaku hal sama. Pemerintah awal Bani Abbasiah membongkar semula makam-makam utama Bani Umaiyah selepas mereka mendapat kuasa.) 
Mustahillah Melaka sebagai sebuah kerajaan yang begitu besar di Asia Tenggara tidak mampu mendirikan kota. Padahal Candi Borobudur binaan batu. Angkor Wat binaan batu. Bukankah sering disebut ‘Kota Melaka’? Apakah ini hanya menggambarkan sebuah bandar, ataupun memang ada sebuah kota batu di sana? 

add info : 
( A Famosa sangat kukuh. Bedilan meriam tidak mampu memecahkannya. Dalam Hikayat Abdullah kalau tidak salah saya, Munsyi Abdullah menulis bagaimana susahnya kota ini hendak dimusnahkan oleh pihak Inggeris selepas mereka memperolehinya melalui Perjanjian Inggeris- Belanda 1824. Pelbagai cara digunakan namun kekebalan A Famosa sukar digugat. Hinggalah akhirnya pihak Inggeris menanam bahan letupan yang kuat di bahagian bawah setiap dinding dan meletupkannya, barulah batu-batu itu tercabut, melambung dan pecah. Yang tinggal hanyalah pintu gerbangnya saja sebagaimana hari ini. Mengapa Inggeris sengaja memecahkannya?........)



Wallahualam.. (Allah Maha mengetahui)


Wednesday, February 2, 2011

KTM Malaysia sesak

Salam 1 Malaysia !
Hari ni fasha balik naik KTM, dr Mid ke Nilai. Astaghfirullahal Azim punyelah sesak.. Tadi fasha tunggu dekat 45 minit tau ! Disebabkan terlepas tren pertama : terlalu sesak : dan tak muat. Huh. Lame tul nak tunggu tren berikutnye.

Dahsat dahsat

Apa yg fasha nak bagitau ni mungkin dah bese anda alami. Tp xpelah. Dipendekkan citer, fasha antara yg duk dekat pintu tren tu. Jadi bile tiba ke stesen berikutnya, penumpang yang nak keluar bertolak-tolakan. Adoi ! Fasha ditolaknya. Sampai tercabut handfree fasha, EM,, marah marah jugak. tapi control la, mungkin salah fasha gak sape suh duk tengah2 kan. Org suruh keluar tamau... bukan per, takut xdapat naik balik.  Haha ! memang la sesak giler.

Mak fasha pon amik adek fasha yang kat SBPI SS tu kat KL Sentral. Dia kata hari ni tren rosak.. padanlah lembap semacam je drpd biasa.... huhuhu,..

********
apa yang fasha peraasan kan tadi... bukan golongan remaja yang naik ktm.. tp ibu-ibu bapak-bapak dan gologan yang berusia lebih ramai! mengapa hal ini terjadi? adakah kerana masyarakat berusia sekarang ini sudah moden? persoalan yg tiada jawapan..

pengajaran : berbaik sangka lah sesama kita.

Jangan satu hari nanti jd macam ni plak...

Mase ni cuti skola kot..
Mak aih macam siput jer,,

p/s : tadi fasha bengang gak sebab lambat sgt tren ni.. Bru nak komplain pasai pe lambat.. rupenye rosak...

Tuesday, February 1, 2011

GECKO : TOKEK : Satu juta terlepas.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...
Tokek ni bernilai satu juta?
Salam sahabat handai. Hari ni fasha nak ceritakan tentang pengalaman fasha semasa di kem BTN Ulu Sepri, Negeri Sembilan. Pada 30 Januari, hampir jam 12 tengah malam, sedang asyik fasha bersiap untuk tidur. terkejut beruk bile ternampak seekor cicak besar nak mampus... Haha.

Bangga gak sebab fasha laa org pertama yang perasan, sebab katil fasha sebelah katil kat gamba tu. Haha, pastu fasha tunjuk kat sorg kawan fasha ni. (waktu ni tatau pape) die pon tunjuk kat kawan die.. riuh ah. Kawan fasha tadi terus call Jurulatih untuk tangkap cicak tu. Sebab kami peremnpuan. Jadi mestilah takut kann... Kawan fasha tu kata haiwan ni boleh menggigit. Erm, tp JL kata takleh n tak bahaya. Sebab mungkin die tak nampak ag kot.

Pastu bile JL sampai, diorang pon terkejut beruk. Mak aih. Td kata tak bahaya, alih2 dorang lak yang terkejut. Fasha bukan nak kata ape, tp dia bawak plastik jer. Adeh takkan laa cicak tu takleh koyakkan plastik pasar malam tu. Haha, die tatau besau punye cicak tuu..

Alih2 esok pagi, dengar kata JL dapat tangkap. Pastuh die pon habaq la tu sebenarnya memg diorang bele. tak tau la betoi ke tak. Haha,tp memang besz la dapat tengok real. Credit tu Jua sebab dapat amik gambo ni dengan jayanya. Photographernye posing kalah cicak tu,.. haha

And fasha tak dapat agak bape gram berat cicak uih. Tp JL kata boleh cecah satu juta ni. haha, kalau fasha tau, fasha tangkap senyap2... hehehe...

********
cicak ini ditemui di dalam dorm 4B Kem Ulu Sepri N9.
sebab apa cicak ni mahal?
sebab dia kata dalam badan cicak ni ade enzyme yang boleh merawat penyakit AIDS. Tapi ni masih dalam kajian, tatau sumber kesahihannya. Wallahualam..

Marilah kita membela cicak ini beramai2.. :)
dalam English GECKO / TOKAY


Link

Popular Post